Penekanan dititik beratkan supaya dapat menghasilkan tenaga

Penekanan Program Latihan Pekerja

Perkembangan di Malaysia khususnya pada program
latihan pekerja amat dititik beratkan supaya dapat menghasilkan tenaga kerja
yang berkualiti. Rahmah Ismail, 2008, hlm:164, menjelas ia dapat dilihat
melalui analisis perbandingan antara IKS (Industri Kecil Dan Sederhana) dangan
ISB (Perindustrian Berat) dari segi menghantar pekerja mengikuti latihan menunjukkan
bahawa kedua-dua saiz industri, bidang latihan yang panting adalah teknik
pengeluaran dan pengurusan. Bagi IKS (Industri Kecil Dan Sederhana), firma yang
menghantar pekerja mendapatkan latihan teknik pengeluaran adalah 34.1 peratus,
manakala yang menghantar pekerja mendapatkan latihan pengurusan adalah 25.0
peratus. Sementara bagi ISB (Perindustrian Berat), kedua-dua bidang ini
masing-masing melibatkan 28.6 peratus responden yang menghantar pekerja
mendapat latihan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Dari segi jenis industri, terdapat
perbezaan penekanan dalam bidang latihan bagi industri yang berbeza. Bagi IKS
(Industri Kecil Dan Sederhana), industri yang menekankan teknik pengeluaran
adalah makanan dan minuman, industri berasaskan kayu dan berasaskan logam.
Sementara bagi industri berasaskan plastik, bilangan firma yang menghantar
pekerja untuk mendapatkan latihan teknik pengeluaran dan pemasaran adalah sama
banyak. Bagi industri elektrik dan elektronik pula bilangan firma yang
menghantar pekerja untuk mendapatkan latihan teknik pengeluaran dan pengurusan
adalah sama banyak. Bagi ISB (Perindustrian Berat), bidang pengurusan dan
teknik pengeluaran menjadi tumpuan sama penting dalam kesemua jenis industri.

Bidang operasi ISB (Perindustrian
Berat) yang lebih besar dengan pekerja yang lebih ramai menyebabkan pekerja
yang dilatih adalah lebih ramai berbanding dengan IKS (Industri Kecil Dan
Sederhana). Tempat latihan yang dipilih juga menentukan perbelanjaan latihan
walaupun dalam bidang yang sama. Kemampuan ISB (Perindustrian Berat) dalam
memperuntukkan perbelanjaan latihan dipercayai lebih tinggi daripada IKS
(Industri Kecil Dan Sederhana) memandangkan kepada keuntungan yang mampu
dijanakannya lebih tinggi. Hasil kajian ini mendapati sememangnya perbelanjazm
latihan ISB (Perindustrian Berat) lebih besar daripada IKS (Industri Kecil Dan
Sederhana).

 

Kesimpulannya hasil
daripada analisis menunjukkan terdapat hubungan positif antara pencapaian modal
manusia dan prestasi firma yang dikaji. Firma yang berbelanja lebih banyak
untuk latihan dan R&D mampu mencapai produktiviti dan keuntungan yang lebih
tinggi. Ini memberi implikasi bahawa firma sepatutnya meningkatkan aktiviti
pembangunan sumber manusia pekerja mereka. Analisis secara ekonometrik
menunjukkan hubungan antara bilangan pekerja yang menghadiri latihan memberi
impak positif dan signifikan pada nilai ditambah firma IKS (Industri Kecil Dan
Sederhana), Rahmah Ismail, 2008, hlm:174 

Go Top
x

Hi!
I'm Eleanor!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out